Forum Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Forum Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti

Latest topics

» Hello..ada lagi ke mod kat sini?
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptyFri Oct 09, 2015 9:51 pm by jintekopink

» Rawatan Keputihan 100% Herba Paling Berkesan & Murah
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptyMon Sep 15, 2014 4:01 am by Aliahzakaria

»  Dari KK (phng) nk tukar ke selatan (melaka, johor)
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptyWed Jul 16, 2014 10:37 am by azihana

» dr ptss nk bertukar ke kk/poli di selangor or penang
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptyThu Apr 03, 2014 12:22 pm by juma83

» LIBIDO GEL | Ubat Kuat Tahan Lama | Isteri Senyum Lebar
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptyTue Mar 04, 2014 6:54 pm by karya malam

» Haruman Pemikat Suami
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptyTue Mar 04, 2014 6:53 pm by karya malam

» Phero-X Minyak Wangi Pemikat Wanita Yang Terhebat DiDunia!!!
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptyTue Mar 04, 2014 6:53 pm by karya malam

» Politeknik Port Dickson ke johor .(ustaz dan Ustazah)
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptyMon Feb 17, 2014 1:01 pm by hisyam5789

» pertukaran
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik EmptySat Jan 25, 2014 1:09 pm by hajarkktp

Navigation

Affiliates

free forum
 

    Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 5
    Join date : 2010-04-04

    Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik Empty Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik

    Post  Admin Wed Apr 07, 2010 5:50 pm

    Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik

    25 Februari, 2010 14:53 PM

    Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik-Muhyiddin

    PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Penubuhan Universiti Politeknik akan menjadi pelengkap kepada pendidikan vokasional dan teknik di peringkat pengajian tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    "Universiti Politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pascamenengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik tanpa perlu menyambung pengajian ke institusi lain," katanya semasa melancarkan Pelan Transformasi Politeknik di sini Khamis.

    Dengan menawarkan pakej pendidikan di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda, sistem politeknik pastinya akan berjaya menarik minat pelajar-pelajar terbaik di negara ini untuk mengikuti pendidikan berteraskan kemahiran tinggi, katanya.

    Sehubungan itu tiga Politeknik telah dinaik taraf hari ini kepada Politeknik Premier yang menjadi asas kepada pewujudan Universiti Politeknik menjelang 2015.

    Politeknik tersebut adalah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Johor Bahru.

    "Potensi mereka boleh digarap dan ditingkatkan lagi untuk menyumbang kepada kemajuan negara," katanya. Muhyiddin turut berharap bidang-bidang baru seperti bioteknologi dan nanoteknologi juga perlu dibangunkan dan dijadikan bidang tujahan politeknik.

    "Pusat-pusat kecemerlangan politeknik perlu diwujudkan untuk menggalakkan kolaborasi intensif dengan pihak industri yang relevan bagi memupuk budaya penyelidikan dan menjana inovasi dalam bidang-bidang tujahan ini," katanya.

    Selain itu katanya, penawaran kursus-kursus berteraskan perkhidmatan seperti animasi digital, rekabentuk, insurans dan kewangan hendaklah dipergiatkan.

    "Ini kerana ekonomi negara sedang berubah ke arah ekonomi yang dipacu oleh sektor perkhidmatan, bidang dan program yang ditawarkan di politeknik juga haruslah selaras dengan perubahan ini, tanpa mengabaikan keperluan yang masih wujud dalam sektor pembuatan dan pembinaan.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya juga sedang melihat semula kokurikulum di sekolah teknikal dan vokasional supaya selari untuk ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

    Sementara itu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata politeknik menerima 90,000 permohonan setahun bagi peringkat diploma.

    Malangnya, beliau berkata politeknik hanya dapat menyediakan kira-kira 25,000 tempat setahun.

    "Kita menafikan ramai hak pelajar untuk menyambung ke peringkat diploma di politeknik ketika ini," katanya.

    Namun katanya, terdapat usaha bagi peringkat sijil diserahkan kepada Jabatan Kemahiran Malaysia, Institut Kemahiran Belia dan institusi-institusi lain.

    Dengan usaha itu beliau berkata, kira-kira 15,000 tempat boleh ditambah di politeknik bagi peringkat diploma.

    Ditambah pula beberapa politeknik lagi, 60,000 tempat bakal di sediakan untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran mereka kelak, tambahnya.

    "Seramai 60,000 pelajar akan menerima diploma, maknanya kemahiran dan nilai tambah pada mereka itu bertaraf diploma," kata Mohamed Khaled.

    Terdapat 27 politeknik ketika ini dengan 82 program termasuk satu diploma lanjutan, 49 diploma, 20 sijil dan 12 program asas.

    Politeknik mempunyai 305,888 graduan semenjak ditubuhkan pada tahun 1969 di mana antara bekas graduannya adalah Datuk Muhamad Noor Hamid, ketua pegawai eksekutif, Gas Malaysia Sdn Bhd.

    -- BERNAMA

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 3:12 am