Forum Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Forum Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti

Shopmotion


Navigation

Affiliates

free forum
 

    IKM - Sharing Info

    Share

    Pengaman PBB

    Posts : 26
    Join date : 2010-05-31

    IKM - Sharing Info

    Post  Pengaman PBB on Sun Jul 25, 2010 3:38 pm

    Institut Kemahiran MARA atau IKM ialah tempat di mana latihan kemahiran dijalankan. Sebanyak 14 buah IKM telah dibina di seluruh negara dari sejak IKM yang pertama dibina di dalam tahun 1968 di Melaka. Keluasan setiap IKM adalah berbeza dari yang paling kecil iaitu 42,166 kaki persegi di IKM Petaling Jaya kepada yang paling besar iaitu 50 ekar di IKM Besut, Terengganu. Kapasiti pelatih juga berbeza bagi setiap IKM iaitu mengikut keluasan tempat dan kemudahan yang telah diadakan.

    Daripada asalnya sebagai "Sekolah Tukang" iaitu Pusat latihan yang melahirkan tukang membuat sesuatu. IKM telah berkembang mengikut peredaran zaman. Selaras dengan perkembangan di dalam dunia pendidikan yang diterajui
    oleh perkembangan ekonomi berasaskan teknologi, negara memerlukan lebih ramai pekerja berpengetahuan atau "Knowledge Workers".

    Di samping itu perkembangan teknologi juga menyebabkan syarikat - syarikat pembuatan dan perindustrian yang memberi sumbangan besar terhadap mengadakan peluang - peluang pekerjaan, mengubah keperluan sumber
    manusia mereka daripada "Tukang Pasang" atau "assembly Workers" kepada pekerja berkemahiran tinggi atau
    "Highly-Skilled Workers".
    Sehubungan dengan itu aliran kemahiran menjadi penting di dalam program pembangunan sumber manusia dan
    secara langsung merupakan satu laluan yang selari dengan aliran akademik, dan ini membolehkan lepasan Sekolah
    Menengah membuat pilihan tentang haluan dan bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi. Hakikat inilah yang menjadi asas utama di dalam "Pembangunan IKM"

    Kursus di peringkat diploma pula mula dijalankan di dalam tahun 1995 apabila IKM Petaling Jaya menjalankan sepenuhnya program "Higher National Diploma dalam bidang elektronik dan diploma ini ditauliahkan oleh Edexel International (dahulunya dikenali sebagai BTEC) Of United Kingdom.

    Ini kemudian diikuti oleh kursus-kursus di tahap diploma di dalam bidang-bidang kejuruteraan automotif, bangunan elektrik, elektronik dan mekanikal secara usahasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kursus diploma yang terbaru ialah dalam bidang teknologi pembuatan, membuat acuan dan sebagainya yang dilaksanakan dengan kerjasama German Malaysian Instutute(GMI).

    Peningkatan tahap kursus memerlukan tenaga pengajar dan para pengurus yang mempunyai kelulusan dan
    kelayakan yang lebih tinggi di samping kemudahan dan alatan latihan yang lebih canggih yang mencerminkan teknologi yang sebenanya digunakan di pasaran. Ini mencetuskan IKM dinaik tarafkan menjadi "Kolej Tinggi MARA" atau "KKTM" bagi pusat-pusat latihan yang menjalankan program diploma iaitu di Petaling Jaya (Selangor), Balik Pulau (Pulau Pinang) dan Pasir Mas (Kelantan).

    Dengan ini KKTM bukan sahaja merupakan salah satu aliran pilihan secara langsung bagi pelajar-pelajar yang tamat SPM atau SPVM tetapi juga memberi peluang pelatih Lepasan IKM melanjutkan pelajaran mereka.

    Struktur pengurusan di IKM / KKTM pula terdiri daripada Pengetua yang dibantu oleh Timbalan Pengetua dan Kumpulan
    Anggota Pekerja yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pekerja sokongan.

    Jumlah pengambilan pelatih dari sejak IKM ditubuhkan dalam tahun 1968 hingga 2003 ialah 80,954 orang dan jumlah pelatih tamat ialah 67,830 orang sementara enrolmen pelatih pada 2003 ialah 10,037.

      Current date/time is Tue Feb 28, 2017 5:59 pm