Forum Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Forum Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti

Latest topics

» Hello..ada lagi ke mod kat sini?
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptyFri Oct 09, 2015 9:51 pm by jintekopink

» Rawatan Keputihan 100% Herba Paling Berkesan & Murah
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptyMon Sep 15, 2014 4:01 am by Aliahzakaria

»  Dari KK (phng) nk tukar ke selatan (melaka, johor)
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptyWed Jul 16, 2014 10:37 am by azihana

» dr ptss nk bertukar ke kk/poli di selangor or penang
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptyThu Apr 03, 2014 12:22 pm by juma83

» LIBIDO GEL | Ubat Kuat Tahan Lama | Isteri Senyum Lebar
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptyTue Mar 04, 2014 6:54 pm by karya malam

» Haruman Pemikat Suami
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptyTue Mar 04, 2014 6:53 pm by karya malam

» Phero-X Minyak Wangi Pemikat Wanita Yang Terhebat DiDunia!!!
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptyTue Mar 04, 2014 6:53 pm by karya malam

» Politeknik Port Dickson ke johor .(ustaz dan Ustazah)
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptyMon Feb 17, 2014 1:01 pm by hisyam5789

» pertukaran
Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran EmptySat Jan 25, 2014 1:09 pm by hajarkktp

Navigation

Affiliates

free forum
 

    Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran

    moderator
    moderator
    Admin


    Posts : 8
    Join date : 2010-04-07

    Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran Empty Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran

    Post  moderator Mon Apr 12, 2010 12:05 pm

    Politeknik premier
    Oleh Halina Mohd Noor
    halina@bharian.com.my
    2010/04/08

    Tiga diberi autonomi ubah suai 30 peratus modul pembelajaran

    TIGA politeknik yang diiktiraf sebagai politeknik premier diberi autonomi bagi mengubahsuai 30 peratus modul pembelajaran khususnya dalam subjek kebitaraan (niche) yang ditentukan dalam hala tuju masing-masing.
    Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Imran Idris, berkata politeknik yang akan dinaik taraf sebagai Universiti Politeknik pada 2015 turut diberi kuasa untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana industri yang menepati keperluan pelajar mereka.
    “Ketiga-tiga politeknik berkenaan kini berbeza dengan politeknik lain dan perlu mengisi pelan pembelajaran yang berbeza. Justeru, mereka diberikan kebebasan untuk menentukan dasar yang sesuai dilaksanakan setaraf dengan kedudukannya yang lebih tinggi kini.

    “Kuasa berkenaan akan dapat membantu dan memberi peluang kepada pihak pengurusan tertinggi untuk menentukan keperluan pelajar masing-masing bagi menawarkan kurikulum setaraf dengan institusi pengajian tinggi tempatan,” katanya yang ditemui selepas membentangkan Pelan Transformasi-Memberikan ‘Nafas Baru’ kepada Politeknik di Serdang, Selangor, baru-baru ini.

    Tiga politeknik premier berkenaan, ialah Politeknik Ungku Omar, Perak; Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor.

    Pelan Transformasi berkenaan dijangka mengubah imej pengajian politeknik dan kedudukannya di dalam sektor pendidikan tempatan sejak penubuhannya 40 tahun lalu yang membabitkan 26 politeknik lain di seluruh negara.
    Katanya transformasi itu akan mengubah persepsi masyarakat mengenai peranan politeknik yang selama ini dianggap berkelas rendah berbanding institusi pengajian awam yang lain dengan menawarkan pendidikan peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah.

    “Politeknik premier akan menjadi model kepada politeknik lain dalam usaha mengangkat martabat institusi ini dengan menawarkan peringkat pengajian lebih tinggi bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta pelajar Kolej Matrikulasi lain.

    “Kita menjangkakan akan melahirkan graduan berkelulusan diploma, diploma lanjutan dan ijazah pada 2015 sesuai dengan Pelan Ekonomi Malaysia yang digariskan setiap lima tahun sekali. Menerusi usaha ini, politeknik akan mempertingkatkan kerjasama dengan pelbagai industri untuk memadankannya dengan permintaan industri lain,” katanya.

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 12:29 pm