Forum Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Forum Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti

Latest topics

» Hello..ada lagi ke mod kat sini?
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptyFri Oct 09, 2015 9:51 pm by jintekopink

» Rawatan Keputihan 100% Herba Paling Berkesan & Murah
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptyMon Sep 15, 2014 4:01 am by Aliahzakaria

»  Dari KK (phng) nk tukar ke selatan (melaka, johor)
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptyWed Jul 16, 2014 10:37 am by azihana

» dr ptss nk bertukar ke kk/poli di selangor or penang
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptyThu Apr 03, 2014 12:22 pm by juma83

» LIBIDO GEL | Ubat Kuat Tahan Lama | Isteri Senyum Lebar
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptyTue Mar 04, 2014 6:54 pm by karya malam

» Haruman Pemikat Suami
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptyTue Mar 04, 2014 6:53 pm by karya malam

» Phero-X Minyak Wangi Pemikat Wanita Yang Terhebat DiDunia!!!
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptyTue Mar 04, 2014 6:53 pm by karya malam

» Politeknik Port Dickson ke johor .(ustaz dan Ustazah)
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptyMon Feb 17, 2014 1:01 pm by hisyam5789

» pertukaran
Pengajian Kolej Komuniti dipendek EmptySat Jan 25, 2014 1:09 pm by hajarkktp

Navigation

Affiliates

free forum
 

    Pengajian Kolej Komuniti dipendek

    avatar
    Pengaman PBB


    Posts : 26
    Join date : 2010-05-31

    Pengajian Kolej Komuniti dipendek Empty Pengajian Kolej Komuniti dipendek

    Post  Pengaman PBB Thu Jul 15, 2010 9:41 am

    KUALA LUMPUR: Tempoh pengajian pelajar di kolej komuniti yang akan menawarkan kursus modular dipendekkan daripada dua tahun kepada hanya tiga hingga enam bulan untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua dan tiga, mulai tahun ini.

    Langkah itu dilaksanakan melalui Program Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan yang menjadi salah satu agenda utama Program Pengukuhan Institusi Kolej Komuniti dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelaksana-an kurikulum secara bermodular itu akan menjimatkan masa pelajar yang mahu mengkhusus dalam bidang tertentu, sekali gus membolehkan mereka menyertai dunia kerjaya dengan lebih cepat.

    Sebagai permulaan, beliau berkata, kolej komuniti menawarkan 47 kursus modular yang merangkumi sembilan sektor, iaitu Servis Penyejukan dan Penyaman Udara, Akuakultur, Servis Kenderaan Ringan, Pemasangan Elektrik, Penyelenggaraan Bangunan, Menyelenggara dan Membaiki Bot, Pengendalian Pelancongan, Operasi Hotel serta Kulinari.

    “Mod ini menawarkan pembelajaran yang fleksibel di mana ada peluang untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi. Jangka masa latihan yang singkat juga bermakna lebih ramai akan dapat mengikuti program ini.

    “Dianggarkan setiap tahun, lebih 100,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki pasaran kerja tanpa latihan kemahiran. Golongan ini menjadi sasaran utama Program Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan,” katanya pada majlis pelancaran Program Pengukuhan Institusi Kolej Komuniti yang disempurnakan Muhyiddin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

    Menjelaskan lanjut pada sidang akhbar, Mohamed Khaled berkata, seramai 25,000 pelajar mendaftar di kolej komuniti seluruh negara, kelmarin, sebagai kumpulan pertama yang mengikuti Program Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan.
    Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata, pelaksanaan Program Pengukuhan Institusi Kolej Komuniti akan menjadikan kolej berkenaan sebagai pemangkin utama kepada pembentukan masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di negara ini.

    Katanya, Program Pemindahan Ilmu akan meletakkan kolej komuniti pada kedudukan amat strategik untuk menyalurkan penemuan baru hasil penyelidikan universiti tempatan supaya dimanfaatkan masyarakat setempat.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengajianKolejKomunitidipendek/Article

      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 11:49 pm